Program Najib dikompaun RM4,000, Muhyiddin RM20,000: KKM

Iklan
Menurut KKM, kedua-dua penganjur program tetap dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan dua tawaran kompaun bernilai RM20,000 dan RM4,000 kepada penganjur program yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak di Melaka, baru-baru ini.

KKM dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan tawaran kompaun bernilai RM20,000 kepada Perikatan Nasional (PN) yang melibatkan kehadiran Muhyiddin dan program membabitkan Najib itu dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Iklan
Iklan

"Satu lagi tawaran kompaun bernilai RM4,000 dikeluarkan kepada individu yang bertindak sebagai penganjur program yang dihadiri oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Kedua-dua kompaun ini dikeluarkan berikutan kegagalan pihak penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program tersebut," katanya.

Iklan

KKM turut menjelaskan hasil siasatan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mendapati tiada perhimpunan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sepanjang tempoh lawatan yang lebih berbentuk 'walkabout' oleh dua individu tersebut seperti yang tular sebelum ini.

Mengulas lanjut, KKM dan JKN Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau pematuhan SOP khususnya menjelang PRN Melaka sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

Iklan

"KKM tidak akan teragak-agak mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang melanggar mana-mana SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"KKM menasihati masyarakat mematuhi SOP dan menjalankan peranan dengan penuh tanggungjawab dalam memerangi pandemik Covid-19 di Malaysia," kata kenyataan itu.