Messi berang diminta beraksi secara percuma

Iklan
Messi

[DIKEMAS KINI] BINTANG Argentina, Lionel Messi mendedahkan dirinya kecewa apabila diminta Presiden Barcelona, Joan Laporta untuk bermain secara percuma bersama kelab Catalan itu.

Menurut Messi, dia bersetuju untuk memotong separuh daripada gajinya, namun ia tidak cukup untuk mengekalkannya di Barcelona gara-gara hutang tinggi yang dialami Blaugrana menyebabkan had gaji kelab itu dikurangkan sebanyak €280 juta (RM1.3 Billion) bagi musim ini.

Iklan
Iklan

"Saya diminta untuk memotong gaji sebanyak 50 peratus dan saya melakukannya tanpa sebarang masalah. Kami sentiasa di kedudukan untuk membantu kelab. Keinginan dan kemahuan saya serta keluarga adalah untuk kekal di Barcelona.

"Sebaliknya tiada siapa yang meminta saya untuk beraksi secara percuma, tetapi pada masa yang sama saya rasa kata-kata Presiden Barcelona itu tidak kena pada tempatnya.

Iklan

"Mereka menyakiti saya kerana saya fikir dia tidak perlu mengatakannya, ia seperti merampas bola daripada saya dan tidak tahu tentang akibatnya,” katanya.

Bulan lalu Laporta mendedahkan, dia tidak marah dengan Messi, malah menaruh harapan pada saat-saat akhir untuk penyerang itu bermain secara percuma bersama Barcelona.

Iklan

Untuk rekod, kontrak Messi bersama Barcelona bernilai €555 juta (RM2.67 Billion) bagi tempoh empat tahun, manakala gaji tahunan kasarnya, selepas bonus kesetiaan dan yuran pendaftaran, adalah sekitar €70 juta (RM336 juta).