Polis Perak tingkat pemantauan sempena Deepavali

Iklan
Mazlan

IPOH - Polis Perak akan meningkatkan pemantauan di lokasi tumpuan termasuk kawasan perumahan menjelang sambutan Deepavali Khamis ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Mazlan Santarai berkata, pasukan pemantau pematuhan akan digerakkan bagi menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sepanjang tempoh sambutan perayaan itu.

Iklan
Iklan

"Kita akan memberi menasihat, menegur dan sekiranya ada kesalahan serius, tindakan kompaun akan diambil.

"Mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan termasuk telah lengkap vaksinasi," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelupusan Barang Kes Narkotik JSJN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, pemantauan itu akan dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengekang penyebaran Covid-19.

Mazlan berkata, sebanyak 312 kompaun direkodkan dalam tempoh 10 hari sejak rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu.

Iklan

"Kebanyakan kompaun dikeluarkan kerana gagal mengimbas kod MySejahtera ketika mendaftar masuk premis selain tidak menggunakan pelitup muka.

"Dua kesalahan ini sering berlaku dalam kalangan masyarakat dan kita sering menasihati mereka untuk terus patuh SOP sebelum tindakan diambil mengikut lunas undang-undang," katanya.