Bajet negara bukan 'harta karun' untuk diambil kesempatan

Iklan
Shafie Apdal

KUALA LUMPUR - Bajet Negara tidak patut menjadi 'treasure chest' atau peti harta karun kepada mana-mana golongan untuk mengambil kesempatan dan membuat keuntungan.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada mereka yang melakukan ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa.

Iklan
Iklan

"Saya berpendirian, belanjawan negara tidak patut menjadi treasure chest pada mana-mana golongan untuk mengambil kesempatan dan membuat keuntungan.

"Kejayaan bajet negara bukan hanya bergantung kepada pengumuman jumlah peruntukan yang besar. Tetapi yang paling mustahak, ia bergantung kepada tadbir urus yang berkesan dan berhemah.

Iklan

"Ini bagi memastikan setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan membawa kebaikan yang setimpal kepada rakyat dan negara," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Sebelum mengakhiri perbahasannya, Mohd Shafie turut menyatakan pendiriannya bahawa Bajet 2022 yang diumumkan baru-baru ini lebih menjuruskan kepada elemen ‘feel-good factor’ atau beli jiwa rakyat.

Iklan

Katanya, tiada penekanan khusus dibuat atas usaha Kerajaan bagi menurunkan kadar hutang negara.

"Tiada juga pendekatan jelas untuk merancakkan ekonomi negara selepas pandemik melanda," katanya.