RAKYAT Malaysia berpeluang berbelanja barangan makanan dan keperluan rumah dengan harga berpatutan apabila anak syarikat MR D.I.Y. Group (M) Berhad, MR. DOLLAR mengumumkan pembukaan cawangan baharu di di Sunway Pyramid, Selangor menjadikannya cawangan ke-50 yang beroperasi di seluruh negara.
Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y, Andy Chin berkata, sempena majlis pembukaan secara besar-besaran pada 5 hingga 7 November ini, MR. DOLLAR akan menganjurkan acara 'You Shop, We Pay!' di mana pihaknya akan menaja sepenuhnya pembelian pelanggan yang ke-50 untuk ketiga-tiga hari tersebut.
Menurutnya, matlamat keseluruhan MR. DOLLAR adalah untuk menawarkan barangan makanan dan minuman mampu milik serta produk isi rumah yang akan mudah diakses lebih ramai individu.
"Dengan menetapkan harga pada RM2 dan RM5, kami memastikan orang ramai boleh membeli-belah mengikut kemampuan mereka serta dalam masa sama yakin dengan kualiti produk tersebut.
"Sama seperti MR DIY, MR. DOLLAR ditubuhkan supaya rakyat Malaysia mendapat lebih penjimatan daripada perbelanjaan dan mendapat lebih nilai untuk wang mereka.
"Kami berharap untuk terus mengembangkan cawangan kedai kami dan menjadikan ia lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia," katanya ketika program 'Shopping Spree Contest' di Sunway Pyramid pada Selasa.
Menariknya, dalam program 'Shopping Spree Contest' itu, pengamal media diberi peluang untuk merebut baucar pembelian berjumlah RM500 di mana peserta diberi satu bakul seorang dan mereka perlu mengisi bakul tersebut dengan apa-apa jenis barangan dengan had pembelian berjumlah RM50 sahaja.
Mengulas lanjut, Andy memaklumkan semasa hari pembukaan, selain 'You Shop, We Pay, pelanggan akan turut diberi peluang untuk menikmati beberapa acara menarik sepanjang program berlangsung.
"Antaranya ialah DOLLAR Chamber, DOLLAR free gifts dan Sotong Game Treasure Hunt.
"Selain itu, kami turut menganjurkan tawaran '50th Store Celebration Special Deal' dengan rangkaian menarik lebih daripada 40 produk yang terdiri daripada barangan runcit, produk isi rumah dan peralatan perlindungan diri (PPE) pada harga tetap RM2 dan RM5 sementara stok masih ada.
"Di samping harga yang menarik, MR. DOLLAR juga menawarkan persekitaran membeli-belah yang selesa dengan lebih 12,000 pilihan produk," ujar beliau.