Pemeriksaan ST 18 Years pesawat C130H uji kompetensi kejuruteraan TUDM

Iklan
Antara pegawai dan anggota kejuruteraan TUDM yang terlibat dalam selengaraan tersebut.

SUBANG - Tahap kompetensi kejuruteraan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbukti pada tahap terbaik dengan kejayaan menjalankan pemeriksaan struktur 18 tahun (ST 18 Years) dan penyenggaraan barisan kedua terhadap sebuah pesawat Charlie130 Hercules (C130H).

Pesawat yang selesai diselenggara tersebut diserahkan dalam satu upacara di Pangkalan Udara Subang oleh Cawangan Kejuruteraan Pangkalan Udara Subang kepada No. 20 Skuadron di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, pelaksanaan ST 18 Years ke atas pesawat tersebut merupakan satu kejayaan yang amat bermakna buat warga TUDM.

Acknal Abdul Samad (kanan).

"Kejayaan ini merupakan satu inisiatif pelan jangka masa panjang yang telah direncanakan oleh TUDM bagi mewujudkan kembali keupayaan '2nd line servicing' bagi kejuruteraan secara berperingkat dan progresif.

Iklan

"Seperti yang digariskan di dalam Teras Ketiga Perintah Ulung (PTU) iaitu pemantapan keupayaan senggaraan TUDM serta kerjasama industri pertahanan”, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ackbal memberitahu, inisiatif tersebut akan meningkatkan kompetensi anggota kejuruteraan TUDM di dalam melaksanakan senggaraan barisan kedua pesawat yang secara tidak lansung dapat menjimatkan kos dan mengurangkan kebergantungan TUDM terhadap pihak industri.

Iklan

"Dengan kejayaan ini, keupayaan senggaraan barisan kedua pesawat telah dipanjangkan kepada pesawat TUDM lain seperti C1-H (sengaraan berat), pesawat A400M (Structural Corrosion Inspection Program) (SCIP) pesawat B200T dan selang 1200 jam/tiga tahun pesawat EC 725 AP.1," katanya.

Pesawah C130H melaksanakan penerbangan pertama, First Functional Check Flight (FCF) pada 11 Oktober 2021.

Pada masa sama, jelasnya, kejayaan tersebut turut membuktikan pegawai dan anggota TUDM turut mempunyai kepakaran, kompetensi serta mampu bersaing dengan industri luar.

"Pesawat berkenaan juga telah berjaya melaksanakan penerbangan pertama, First Functional Check Flight (FCF) pada 11 Oktober 2021 yang menunjukkan keberhasilan dan kejayaan projek ini," ujarnya.