Datuk ditahan disyaki cabul cucu tiri usia 12 tahun

Iklan
Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli

KLANG - Seorang lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai mencabul cucu perempuan tirinya yang berusia 12 tahun di sebuah rumah di Pelabuhan Klang di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 74 tahun itu ditahan pada jam 2.15 petang.

Iklan
Iklan

"Dalam kejadian pada Mac lalu, mangsa telah dicabul oleh suspek dan diugut supaya tidak memberitahu kepada sesiapa berkenaan kejadian yang berlaku.

"Siasatan awal, suspek tidak mengaku terlibat dalam kes yang disiasat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek direman selama tiga hari bermula Selasa sehingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.