Dos penggalak: 23,970 individu terima suntikan di Miri

Iklan
Foto 123RF

MIRI - Seramai 23,970 individu warga emas dan individu dengan komorbid di Miri telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 setakat 1 November, kata Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Seri Lee Kim Shin.

Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata, daerah Miri telah menerima sebanyak 19,157 dos, diikuti Subis (2,701), Marudi (1,081), Beluru (619) dan Telang Usan (412) sejak program itu bermula di daerah berkenaan pada 14 Oktober lepas.

Iklan
Iklan

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi kelulusan bagi pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 Pfizer sekurang-kurangnya selepas enam bulan dos kedua Pfizer, dan selepas tiga bulan untuk dos kedua Sinovac,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di dua buah pusat pemberian vaksin hospital swasta dan sebuah pusat pemberian vaksin klinik swasta iaitu masing-masing di Hospital Columbia Asia, Miri City Medical Centre (MCMC) dan Klinik Lee, di sini.

Iklan

Kim Shin turut meminta masyarakat supaya tidak terpedaya dengan berita palsu yang ditularkan di media sosial, kononnya dos penggalak itu tidak selamat.

"Vaksin dos ini memang telah dikaji secara rapi dan diluluskan oleh pihak KKM, sama juga seperti dos pertama dan kedua. Begitu juga dengan kombinasi dua dos vaksin yang berbeza, ia telah diluluskan oleh pakar perubatan dan selamat digunakan,” tambahnya. - Bernama

Iklan