KUALA LUMPUR - Cadangan mewujudkan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak yang khusus adalah ketetapan dasar di bawah bidang kuasa Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, ini bagi memastikan akta ini tidak bertindih dengan fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang sedia ada.