KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan 2022 yang bermula pada Mac depan akan dijadikan panduan untuk perancangan pengoperasian sekolah akan datang, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.
Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, berikutan itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperhalusi kesesuaian takwim persekolahan untuk 2023 dan seterusnya.