Ular sawa 20kg kenyang telan kambing

Iklan
Ular sawa yang ditemui dalam sebuah kolam berhampiran kandang kambing berjaya ditangkap oleh bomba. - Foto ihsan Bomba

LIPIS - Seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di sebuah kandang di Kampung Tanjung Jambu di sini berjaya ditangkap oleh anggota bomba pada Selasa.

Kehadiran reptilia sepanjang kira-kira tiga meter dan seberat 20 kilogram itu ditemui pemilik kambing di dalam kolam berhampiran kandang tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 6.35 petang.

Menurutnya, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bergegas ke lokasi dan menemui reptilia itu berada di dalam kolam terbabit.

Iklan

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut.

"Seekor kambing seberat kira-kira 25 kilogram menjadi mangsa ular tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Ujarnya, ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke habitat asal.