Sweden tagih kudrat Zlatan Ibrahimovic

Iklan
Zlatan Ibrahimovic.- Foto AFP

PENYERANG AC Milan, Zlatan Ibrahimovic dipanggil semula ke skuad Sweden untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022, sebulan selepas penampilan bintang itu bersama skuad pasukan kebangsaan terhalang oleh kecederaan.

Jurulatih Janne Andersson memasukkan Ibra yang berusia 40 tahun bulan lalu, untuk perlawanan di tempat lawan menentang Georgia pada 11 November diikuti Sepanyol pada 14 November.

Iklan
Iklan

Sejak menamatkan persaraan antarabangsa selama lima tahun pada Mac, Ibrahimovic dipanggil sebanyak tiga kali untuk mewakili negaranya, tetapi hanya bermain dua kali.

Dia muncul dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia pada akhir Mac, kedua-duanya dimenangi Sweden, namun terpaksa menarik diri daripada pusingan akhir Euro 2020 pada Jun sebelum kejuaraan bermula akibat kecederaan lutut.

Imbas kembali... Zlatan Ibrahimovic ketika bersama Sweden di Euro 2016.- Foto AFP

Iklan

Selepas kembali ke AC Milan pada pertengahan September, Ibrahimovic mengalami kecederaan pada tendon achilles yang menyebabkan dia tidak dapat beraksi dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia pada akhir September.

Ibrahimovic kembali ke Milan pada pertengahan Oktober, muncul dalam lima perlawanan berturut-turut, menjaringkan dua gol. Dia menjaringkan gol ke-150 Serie A menentang AS Roma pada Ahad.

Iklan

Sweden mendahului Kumpulan B Zon Eropah dengan 15 mata, dua mata di depan Sepanyol selepas mengharungi enam perlawanan.