12,400 perokok berubah dengan mQuit

Iklan
Boon Chye menunjukkan usaha Perak Chest Society yang membantu kerajaan menjalankan program dan aktiviti hentikan berkaitan larangan merokok di YMCA, hari ini.

IPOH - Seramai 12,400 orang berjaya berhenti merokok menerusi perkhidmatan bimbingan berhenti merokok (mQuit) yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, program yang dimulakan sejak 2012 itu turut berjaya membuatkan peserta kurang untuk merokok.

"Sepanjang enam tahun ini, 12,400 perokok berjaya berhenti merokok di kemudahan yang disediakan KKM.

Iklan
Iklan

"Selain itu, ada sesetengah peserta yang merokok sehingga tiga peket setiap hari, tetapi selepas menyertai program ini, mereka berjaya kurangkan kepada satu peket,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengisytiharkan premis YMCA sebagai kawasan larangan merokok di sini, hari ini.

Iklan

Menurutnya, terdapat 731 klinik kesihatan dan 46 hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan itu secara percuma.

Boon Chye menampal papan tanda larangan merokok di premis YMCA, hari ini.

"Ini adalah usaha kementerian kepada mereka yang mahu berhenti merokok melalui mQuit.

Iklan

"Mereka yang ingin berhenti merokok boleh melayari www.jomquit.moh.gov.my untuk mengetahui kemudahan terdekat yang menyediakan perkhidmatan itu," katanya.

Katanya, sudah menjadi hasrat kementerian untuk menggalakkan mereka berhenti merokok dan sekiranya tidak boleh, diharap tiada yang merokok di hadapan orang ramai.

Boon Chye berkata, statistik menunjukkan 21 peratus perokok adalah golongan dewasa manakala 11.7 peratus pula perokok remaja.

"Ini bukan trend yang menggalakkan, kami memandang serius perkara ini memandangkan peratusan perokok yang dicatatkan dalam kalangan remaja tidak menurun.

"Ia mungkin disebabkan oleh e-rokok dan trend vape yang membawa mereka kepada ketagihan nikotin. Ini sebabnya mengapa kita mengambil langkah untuk mengawalnya," katanya.