KUALA KANGSAR - Bangunan pentadbiran Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini terbakar dalam satu kejadian pada Rabu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kebakaran melibatkan tiga bilik yang musnah 30 peratus di bangunan dua tingkat itu.
Iklan
Iklan
Katanya, panggilan kecemasan itu diterima pada jam 3.44 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dibantu Sungai Siput dikejarkan ke lokasi.
"Operasi pemadaman dilakukan sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
"Tiada mangsa terlibat dan kerosakan hanya melibatkan tiga bilik di tingkat atas bangunan pentadbiran," katanya.
Operasi tamat sepenuhnya jam 6.12 pagi.