PRN Melaka: Polis jamin berjalan lancar

Iklan
Anggota polis mengadakan Latihan Ketenteraman Awam (POX) OP PRN Melaka di Balai Polis Melaka Tengah di Banda Kaba di sini, pada Rabu.

MELAKA - Polis memberi jaminan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk penamaan calon dan proses pengundian pada bulan ini berjalan lancar biarpun dalam tempoh pandemik Covid-19.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, 16 lokasi panas sudah dikenal pasti di ketiga-tiga daerah yang akan dipantau menggunakan dron.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kontinjen Melaka juga mempunyai 17 pasukan ‘light strike force’ untuk memastikan ketenteramana awam sepanjang tempoh PRN ini.

"Kita sudah bersedia jika berlaku apa sahaja kemungkinan, maknanya bermula dengan latihan ketenteraman awam sehinggalah jika keadaan tidak terkawal pengisytiharan darurat akan dibuat.

Iklan

"Sekali gus rakyat boleh keluar mengundi dan proses demokrasi berjalan lancar," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Latihan Ketenteraman Awam (POX) OP PRN Melaka di Balai Polis Melaka Tengah di Banda Kaba di sini, pada Rabu.

Anggota polis ketika sesi Latihan Ketenteraman Awam (POX) OP PRN Melaka.

Mengulas lanjut beliau menjelaskan, seramai 3,835 pegawai dan anggota polis termasuk 1,245 bantuan kontinjen luar Melaka digerakkan untuk melakukan kawalan dan penugasan sepanjang tempoh PRN.

Iklan

Menurutnya, empat unit dron akan digunakan untuk memantau lokasi-lokasi panas selain bantuan daripada Unit Pencegahan Rusuhan, Pasukan Gerak Am (PGA) dan Unit pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

"Dengan adanya dron tugasan dan persediaan kita lebih mudah, selain pandangan lebih jauh dan kita sebenarnya akan buat pengawasan di semua kawasan tetapi alan beri tumpuan pada lokasi-lokasi panas," katanya.

Sehubungan itu, jelas beliau cuti tahunan pegawai dan anggota polis Melaka turut dibekukan bagi mengadapi PRN ini.