Jangan khianati amanah, persefahaman dalam PH

Iklan

SHAH ALAM - Sebarang usaha untuk mengkhianati amanah atau persefahaman bersama dasar dan kepimpinan dalam PH akan dibantah dengan keras, kata Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, keutamaan terhadap negara pada ketika ini adalah untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan PH perlu terus kukuh dan bersatu serta peka terhadap penderitaan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Iklan
Iklan

"Perkembangan politik mutakhir terkait kerjasama UMNO-Pas atau kenyataan perkauman melampau mampu dilawan dan ditangani bijak melalui penerangan yang agresif dan program kepedulian rakyat yang mengesankan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu , reaksi kekalahan PH pada PRK DUN Semenyih telah dibuat secara gopoh, sedangkan pada hakikatnya sokongan rakyat termasuk daripada masyarakat Melayu tidak banyak berubah terhadap parti itu.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendirian PKR untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui kepimpinan negara.

"PKR tidak berganjak dari pendirian PH untuk menyokong kepimpinan Tun M sebagai Perdana Menteri dan proses peralihan yang aman, seperti yang telah disepakati," katanya.

Iklan