PRN Melaka: Keputusan Pas cerminkan muafakat utuh PN

Iklan
Mohamed Azmin.- Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersetuju untuk menggunakan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin, keputusan Pas mencerminkan semangat muafakat yang utuh di kalangan parti-parti anggota PN.

Iklan
Iklan

"Ketetapan yang ditegaskan melalui kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Pada Isnin lalu, Pas akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan lambang PN pada PRN Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata penggunaan lambang itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Iklan

Sementara itu, Azmin yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu berkata, PN bertekad untuk menggembeleng kesatuan bagi menjamin kestabilan Kerajaan serta kesinambungan pelaksanaan dasar dan inisiatif demi kemaslahatan sosio ekonomi dan kemakmuran negara.

"Ini bagi mendepani cabaran pandemik COVID-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara.

Iklan

"PN yakin dan percaya bahawa rakyat Negeri Melaka cukup matang dan bijaksana untuk mendukung wadah PN yang sentiasa menganjurkan perpaduan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat," ujarnya. - Awani