CDC senaraikan Indonesia destinasi berisiko rendah

Iklan
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan Indonesia sebagai destinasi berisiko "rendah". Foto 123RF

JAKARTA - Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan Indonesia sebagai destinasi berisiko"rendah".

Agensi itu menggunakan data Covid-19 yang dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan sumber rasmi lain untuk membuat penentuan mengenai tahap notis kesihatan perjalanan.

Iklan
Iklan

"Pastikan anda sudah lengkap divaksin sebelum melancong ke Indonesia," kata CDC di laman sesawangnya, sambil menambah bahawa pengembara yang lengkap vaksin Covid-19 kurang berisiko mendapat jangkitan dan menularkannya.

Agensi itu menetapkan empat tahap dalam mengesyorkan kesihatan perjalanan Covid-19, dengan tahap satu dianggap rendah. Diikuti tahap dua (sederhana), tahap tiga (tinggi) dan tahap empat (sangat tinggi).

Iklan

CDC, bagaimanapun, menasihatkan perjalanan antarabangsa mengenai risiko tambahan yang mungkin timbul, malah pengembara yang lengkap vaksin mungkin berisiko lebih tinggi untuk dijangkiti dan menyebarkan beberapa varian Covid-19.

"Elakkan perjalanan antarabangsa selagi anda belum lengkap divaksin. Jika masih belum menerima vaksin lengkap, anda perlu mematuhi beberapa cadangan tambahan sebelum, semasa dan selepas perjalanan."

Iklan

Warga AS juga dinasihatkan untuk mengikuti saranan atau peraturan yang ditetapkan di Indonesia, termasuk memakai pelitup muka dan menjaga jarak enam kaki daripada orang lain. - Bernama