Undi 18 proses remajakan pimpinan

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pelaksanaan Undi 18 merupakan satu proses yang meremajakan pimpinan dan pengundi muda dalam menilai parti yang sesuai.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, golongan muda akan menjadi pemangkin ke arah melahirkan perubahan kepada negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika beliau memegang jawatan Ketua Menteri Sabah, negeri berkenaan merupakan antara negeri yang meluluskan rang undang-undang Undi 18.

"Saya yakin bahawa ini merupakan satu proses meremajakan bukan hanya pimpinan, tetapi para pengundi (18 tahun) yang ada menilai mana satu perjuangan dan mana satu pimpinan.

Iklan

"Kita tidak boleh menganggap bahawa umur 18 tahun masih di bangku sekolah.

"Saya juga harap ia akan menjadi kenyataan untuk memastikan pada pilihan raya akan datang golongan 18 tahun dapat terlibat secara langsung bagi menentukan hala tuju kerajaan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada program Bersama Shafie Apdal yang dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie mengakui bahawa beliau mempunyai harapan yang cukup tinggi kepada pengundi muda kerana apa yang sedang dilakukan itu adalah penyediaan untuk generasi muda yang akan datang.

"Itu yang saya katakan dengan beberapa tokoh muda yang kita jumpa iaitu graduan dari Cambridge (University of Cambridge) dan Oxford (University of Oxford). Ini anak-anak kita, anak Malaysia dan pelbagai kaum ada.

"Mereka luahkan harapan cukup tinggi untuk mendapatkan landasan bukan hanya sebagai usahawan bahkan dalam pimpinan negara kita,” ujarnya.