PRN Melaka: Bersatu Kelantan hantar 700 petugas bantu kempen

Iklan

PASIR PUTEH - Bersatu Kelantan akan menghantar 700 petugas bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung pada 20 November ini.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, kumpulan itu melibatkan tenaga penceramah yang berpengalaman dalam pelbagai bidang termasuk politik, agama dan ekonomi.

Iklan
Iklan

"Kumpulan ini akan dihantar sebelum hari penamaan calon secara berperingkat dan bergilir-gilir sehingga hari pengundian,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Tokoh di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ahli Bersatu Kelantan yang akan dihantar ke Melaka juga diingatkan supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi sehingga membangkitkan kemarahan penduduk dan menghormati budaya masyarakat setempat.

Iklan

"Bersatu Kelantan akan berkampung di dua kawasan iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek dan Bukit Katil sebagaimana ditetapkan oleh Bersatu Melaka,” katanya.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas susulan empat Ahli Dewan itu menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November. -Bernama