BANK Negara Malaysia (BNM) telah menyatakan ikrar untuk melaksanakan inisiatif menyokong enam saranan bagi mencapai objektif Perjanjian Paris selain memperluas dan memperkukuh usaha bersama ke arah penghijauan sistem kewangan.
Malah, sejajar kedudukannya sebagai ahli Jawatankuasa Pemandu Bank Rangkaian Bank Pusat dan Penyelia Bagi Penghijauan Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS), BNM menyokong Deklarasi NGFS Glasgow untuk Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26).
Iklan
Iklan
Dalam kenyataan di laman sesawangnya, BNM berkata, sejajar dengan saranan Laporan Komprehensif Pertama NGFS Mengenai Gesaan Tindakan: Perubahan Iklim Sebagai Sumber Risiko Kewangan, ia komited untuk menyepadukan risiko berkaitan cuaca ke dalam aspek pemantauan kestabilan kewangan dan pengawasan mikro.
Bank pusat itu juga menyasarkan untuk mengintegrasikan faktor-faktor kelestarian dalam pengurusan portfolio sendiri, merapatkan jurang data dan membangunkan kesedaran dan kapasiti intelektual selain menggalakkan bantuan teknikal serta perkongsian pengetahuan.
Selain itu, BNM juga komited untuk mencapai pendedahan berkaitan alam sekitar dan iklim antarabangsa yang konsisten serta menyokong pembangunan taksonomi aktiviti ekonomi.
Ia turut menubuhkan Unit Kelestarian khusus pada Oktober 2021 bagi memacu agenda hijau selain melonjakkan pembangunan kepimpinan pemikiran dalam bidang berkenaan. - Bernama
Artikel Berkaitan