Dua saintis Malaysia dilantik Felo TWAS

Iklan
Ng Kwan Hoong & Wan Ramli Wan Daud

SHAH ALAM - Profesor Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud dan Pakar Radiasi Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Ng Kwan Hoong mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai Felo The World Academy of Sciences (TWAS).

Pemilihan dan pengiktirafan tersebut dibuat dalam satu menyuarat TWAS pada Isnin dengan sumbangan kedua-dua tokoh saintis negara dalam kemajuan sains di negara membangun.

Iklan
Iklan

Presiden TWAS, Mohamed H A Hassan dalam satu surat yang ditujukan kepada Wan Ramli berbangga untuk menerima beliau sebagai felo di TWAS.

"Pemilihan ini adalah pengiktirafan yang jelas terhadap sumbangan cemerlang kepada sains di negara membangun," katanya.

Iklan

Wan Ramli adalah pakar dalam bidang tenaga hidrogen lestari dan teknologi sel fuel hidrogen dan telah memenangi Anugerah Merdeka 2016 dan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu tahun lalu.

Kwan Hoong pula merupakan pakar fizik perubatan yang menyumbang kepada sains pengimejan data dalam penyelidikan kanser.

Iklan

Beliau juga telah memenangi Anugerah Merdeka tahun lalu dan Anugerah Marie Sklodowska-Curie pada 2018.

TWAS ialah sebuah akademi sains antarabangsa bawah naungan Pertubuhan Pendidikan,Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).