KARIM Benzema menampilkan sentuhan pemusnahnya apabila meledak dua gol untuk jaringan ke-1,000 Real Madrid di kejuaraan tertinggi kelab Eropah itu ketika mengatasi Shakhtar Donetsk 2-1 pada saingan Kumpulan D Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu.
Gol bersejarah itu dijaringkan penyerang Perancis pada minit ke-14 hasil kesilapan pertahanan lawan sebelum Shakhtar menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerangnya, Fernando di penghujung babak pertama.
Bagaimanapun, Benzema sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila menyudahkan hantaran Vinicius Junior, sekali gus gol kemenangan tuan rumah dengan gol minit ke-61.
Dua jaringan tersebut membolehkan Benzema menjaringkan 75 gol di pentas elit Eropah itu sekali gus menjadi pemain keempat penjaring terbanyak Liga Juara-Juara di belakang Cristiano Ronaldo (140), Lionel Messi (123) dan Robert Lewandowski (81).
Biarpun begitu, Los Blancos dikritik hebat para penyokong berikutan persembahan longlai apabila menyifatkan anak buah Carlo Ancelotti tidak bermain dengan begitu baik.
"Saya memahaminya dan sangat mengenali para penyokong Los Blancos, sesungguhnya permintaan mereka amat tinggi.
"Kami bermula baik kemudiannya sedikit menurun, namun situasi sebegini sesuatu yang normal.
"Sesuatu yang bagus apabila para penyokong Los Blancos kembali mengejutkan pemain-pemain Real Madrid dengan pelbagai reaksi di sepanjang perlawanan ini," kata Ancelotti.
Benzema ledak gol ke-1,000 Real Madrid
Iklan