Manchester United kehilangan khidmat Varane selama sebulan

Iklan
Varane mengalami kecederaan hamstring ketika United seri bertemu Atalanta

MANCHESTER United berdepan tamparan hebat menjelang aksi bertemu Manchester City Sabtu ini selepas tonggak pertahanannya disahkan mengalami kecederaan Hamtsring ketika United seri dengan Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum ini.

Pemain berusia 28 tahun itu baharu sahaja kembali bersama United ketika mencatatkan kemenangan ke atas Tottenham selepas mengalami kecederaan pangkal paha selepas final Liga Negara-Negara.

Iklan
Iklan

"Kelab mengesahkan Varane mengalami kecederaan hamstring yang dijangka menyebabkan dirinya tidak dapat beraksi selama sebulan. Kami mendoakan Varane akan cepat sembuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan kecederaan tersebut, ia pastinya mencetuskkan kebimbangan buat Ole Gunnar Solskjaer yang bergelut di bahagian pertahanan pada sebahagian besar musim ini.

Iklan
Iklan

United kini pastinya berharap, Victor Lindelof akan cergas untuk menentang The Citizens meskipun sebelum ini bergelut dengan kecederaan yang menyebabkan pemain antarabangsa Sweden itu tidak dapat bermain di Itali tempoh hari.