TEHRAN - Iran akan menyambung semula rundingan nuklear 2015, yang dikenali Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 29 November, lapor Agensi Berita Xinhua.
"Dalam perbualan telefon dengan Enrique Mora, kami bersetuju untuk memulakan rundingan yang bertujuan untuk menghapuskan sekatan yang menyalahi undang-undang dan tidak berperikemanusiaan pada 29 November di Vienna," kata perunding kanan nuklear Iran, Ali Bagheri Kani di Twitter pada Rabu.