Masih ada pengunjung degil datang ke pantai

Iklan
Anggota Skuad Pantas MPKL (kanan) memberi teguran kepada pengunjung yang datang ke Pantai Morib di sini dan meminta mereka beredar dari kawasan tersebut pada Khamis.

KUALA LANGAT - Terdapat segelintir pengunjung masih mengabaikan keselamatan diri dengan mengunjungi kawasan pantai di Kuala Langat walaupun sudah ditutup oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berikutan fenomena air pasang bermula pada Khamis lalu.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, Skuad Pantas MPKL mendapati golongan terbabit memutuskan pita keselamatan yang dipasang oleh pihaknya sebagai amaran supaya kawasan tersebut tidak dimasuki oleh orang awam.

Iklan
Iklan

"Masih ada pihak yang degil walaupun amaran dikeluarkan oleh MPKL supaya menjauhi kawasan pantai pada masa ini atas faktor keselamatan.

"Skuad Pantas MPKL terpaksa memberikan amaran secara lisan dan meminta pengunjung segera beredar dari Pantai Morib dan Jeti Tanjung Sepat. Kemudian kami pasang semula pita keselamatan di dua lokasi tersebut," katanya kepada Sinar Harian, pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, Amirul Amizan berkata, operasi pemantauan fenomena air pasang besar bermula jam 4.30 pagi membabitkan tujuh lokasi yang dikenal pasti berisiko iaitu Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni, Pantai Batu Laut, Jeti Tanjung Sepat dan Pantai Chunang.

"Hasil pemantauan oleh Skuad Pantas MPKL mendapati paras air tertinggi dicatat adalah pada paras 5.5 meter, sekitar jam 5.21 pagi pada Khamis.

Iklan

"Limpahan air turut berlaku di tapak perkhemahan Pantai Kelanang, Istana Bahagia Morib dan Taman Harmoni hingga ke jalan raya," katanya.