PN, UMNO mampu menang besar jika bentuk gabungan

Iklan
Mohamed Farid (duduk, kanan) mengambil peluang lakukan pemeriksaan tekanan darah selepas merasmikan Majlis Penyerahan Zakat dan Sumbangan Peralatan Makmal Sains di KPTM Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) dan UMNO mampu mencapai kemenangan mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini sekiranya kedua-dua pihak itu membentuk gabungan kerjasama kukuh untuk menentang Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, kemenangan mutlak itu akan membolehkan pembentukan kerajaan negeri Melaka yang lebih kukuh untuk meneruskan legasi membela rakyat.

Iklan
Iklan

"Kalau berlaku pertembungan tiga penjuru antara PN, UMNO dan PH ia akan menyebabkan undi berpecah sekali gus merugikan rakyat Melaka.

"Jadi perlu bersatu bagi memastikan PN dan UMNO memperoleh majoriti 2/3 pada PRN itu nanti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Zakat dan Sumbangan Peralatan Makmal Sains di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu di sini, pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, hasil tinjauan yang dilakukan di Melaka mendapati, rakyat negeri itu selesa dengan kehadiran PN sekali gus memberi potensi untuk menang pada PRN.

Beliau berkata, rakyat dilihat sudah bijak untuk membuat keputusan dalam memilih kerajaan yang mampu membela nasib mereka.

Iklan

Mengulas mengenai tindakan PH yang dikatakan bakal menerima bekas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan mampu menjadi faktor penyumbang kepada kemenangan PN nanti.

Katanya, jika perkara itu menjadi kenyataan, rakyat Melaka pasti akan menolak PH sekali gus menghukum gabungan tersebut pada 20 November nanti.

"Rakyat ada fakta yang tidak boleh disembunyikan lagi. Saya yakin PN mempunyai peluang untuk menang dan membentuk kerajaan selepas berakhirnya PRN nanti," katanya.