Kes tetak: Tiga lelaki dipercayai terlibat ditahan

Iklan
Lorong mangsa ditetak dalam kejadian tahun lalu.

KULIM - Tiga lelaki dipercayai terlibat kes tetak seorang remaja berusia 21 tahun pada 27 September tahun lalu dicekup polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, tiga lelaki itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pekarangan IPD Seberang Perai Selatan melalui Ops Cantas 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiga suspek berusia 22, 28 dan 35 tahun yang tidak bekerja itu dibawa ke IPD Kulim bagi membantu siasatan.

"Dalam kejadian 27 September lalu jam 3.15 petang, mangsa bersama ibunya berusia 45 tahun didatangi dua lelaki ketika berada di belakang sebuah rumah beralamat di Taman Kenari.

Iklan

"Salah seorang suspek dikenali sebagai Clamen yang membawa sebilah parang panjang menetak tangan kiri mangsa dan terus melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk dadah dan samun berkumpulan.

Iklan

"Suspek berusia 35 tahun mempunyai lima rekod jenayah manakala suspek berusia 22 dan 28 tahun memiliki enam dan 10 rekod lampau.

"Hasil soal siasat awal mendapati, suspek berusia 35 tahun mengaku terlibat dalam kes tersebut manakala dua lagi tidak mengaku," katanya.

Siasatan lanjut akan diteruskan selepas prosiding reman dilakukan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.