Keadaan di kawasan Taman Tanjung Bendahara yang dinaiki air yang disebabkan limpahan air dari Sungai Kedah menjejaskan beberapa buah rumah sejak empat hari lalu ketika tinjauan di sini hari ini.
Pegawai Bahagian Operasi dan Bencana APM Kedah, Muhammad Hilmi Yaakob berkata, sepanjang empat hari banjir yang melanda APM Kedah telah memindahkan seramai enam mangsa banjir yang mempunyai masalah kesihatan atau tidak boleh bergerak sama ada disebabkan lumpuh atau strok.
Setakat pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kedah adalah seramai 823 orang daripada 232 keluarga yang ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara di empat daerah.