Lakukan pemeriksaan awal untuk sembuh kanser prostat

Iklan
Nazir Razak

SHAH ALAM - Orang ramai perlu melakukan pemeriksaan awal kanser prostat jika mempunyai gejala supaya risiko untuk sembuh lebih tinggi.

Pejuang kanser prostat dan Pengerusi Ikhlas Capital, Datuk Seri Nazir Razak berkata, peratusan peluang untuk sembuh daripada kanser tersebut lebih tinggi sekiranya dikesan lebih awal.

Iklan
Iklan

"Saya sangat bertuah sebab saya tiada simptom langsung.

Saya dapat tahu awal apabila saya nak beli produk insuran kerana mereka perlu untuk kita melakukan pemeriksaan kesihatan.

Iklan

"Jadi saya buat pemeriksaan macam biasa bila doktor tengok Antigen Spesifik Prostat (PSA) saya agak tinggi iaitu tahap tujuh.

Dikatakan ada kemungkinan dan baik buat ujian lagi dan mereka membuat gambaran Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan nampaknya boleh jadi (kanser).

Iklan

Masih awal tetapi sangat agresif.

Alhamdulillah saya dapat kesan awal.

"Nasihat saya yang penting, kita jangan takut dan selalu buat ujian supaya kalau kita mengalami kanser prostat kita dapat diagnosis di peringkat awal dan dapat tahu pelbagai cara untuk merawat kanser tersebut,” katanya ketika menjadi panelis pada Wacana Sinar Harian Edisi ke-302 bertajuk Kanser Prostat Satu ‘Taboo’? yang disiarkan secara langsung menerusi platform Sinar Harian pada Khamis.

Wacana Sinar Harian Edisi ke-302 bertajuk 'Kanser Prostat Satu ‘Taboo’?' yang disiarkan secara langsung menerusi platform Sinar Harian pada Khamis.

Turut menjadi panelis ialah Pakar Urologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Noor Ashani Md Yusoff dan pejuang kanser prostat, Rosli Abdul Rashid, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan untuk melakukan kempen bagi mendapatkan dana dalam meningkatkan kebolehan pakar urologi di Malaysia.

"Pengalaman saya, memang diberitahu tiada pilihan dan ketika itu saya berada di United Kingdom (UK) dan doktor mengesyorkan supaya melakukan rawatan robotik prostatektomi.

"Saya tengok data dari segi peratusan kejayaan sangat tinggi.

Kalau boleh saya nak membuat kempen untuk mendapatkan dana membolehkan kita meningkatkan kebolehan pihak urologi di Malaysia supaya membuat robotik tersebut dalam negara kita sendiri,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata, agenda pihaknya kini adalah untuk mengurangkan 25 hingga 30 peratus pesakit yang menghidapi kanser berkenaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kita sudah banyak membuat program dan Insya-ALLAH program seperti ini dengan kempen yang diadakan membuatkan orang lebih sedar dan mendengar mesej kita," kata beliau.