Sokongan psikologi penting untuk pesakit kanser prostat

Iklan
Rosli Abdul Rashid

SHAH ALAM - Sokongan psikologi daripada keluarga dan rakan-rakan penting membantu pesakit kanser prostat untuk terus bertahan melawan penyakit tersebut serta semangat bagi meneruskan kehidupan.

Pejuang kanser prostat, Rosli Abdul Rashid berkata, sokongan tersebut dapat memberi ketenangan dan semangat baharu untuk sembuh.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, sokongan daripada keluarga, kawan-kawan dan lagi satu pihak hospital dalam memberikan maklumat dan nasihat serta semangat tentang penyakit kanser prostat sama ada dari segi kesan dan kehidupan selepas sembuh daripada penyakit itu.

"Selepas dua tiga sesi dengan doktor yang memberi penerangan, kita rasa lebih tenang dan pemikiran tidak serabut lagi.

Iklan

"Dia bercerita tentang bagaimana tentang kehidupan, makanan dan kawan-kawan yang bagi sokongan dan saya menyertai ahli Persatuan Kanser Prostat Malaysia, kita akan selalu berjumpa dengan pesakit dan berkongsi pengalaman masing-masing,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Edisi ke-302 yang bertajuk 'Kanser Prostat Satu ‘Taboo’?' yang disiarkan secara langsung menerusi platform Sinar Harian pada Khamis.

Turut menjadi panelis ialah Pakar Urologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Noor Ashani Md Yusoff dan pejuang kanser prostat yang juga Pengerusi Ikhlas Capital, Datuk Seri Nazir Razak, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Wacana Sinar Harian Edisi ke-302 bertajuk Kanser Prostat Satu ‘Taboo’? yang disiarkan secara langsung menerusi platform Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Rosli berkata, sokongan psikologi dan perasaan berkenaan penyakit kanser dan kos rawatan dapat diberi perhatian oleh semua pesakit dan keluarga.

"Kami ada berbincang dalam kumpulan berhubung kos rawatan terlalu tinggi walaupun cuma untuk mendapatkan 'screening'. Jadi persatuan cuba untuk memberi penerangan kepada pesakit dan berhubung dengan hospital-hospital kerajaan serta swasta untuk mendapatkan diskaun.

"Setakat ini, hospital swasta dan kerajaan sudah memberi sokongan yang sangat baik dari segi harga ubat dan sebagainya.

"Kami juga mendapati sesetengah itu tidak mahu membuat rawatan disebabkan kos yang tinggi tetapi kita cuba berbincang bagaimana untuk menolong pesakit-pesakit ini. Sekarang kita ada membuat program untuk menolong mereka,” jelas beliau.