Zii Jia kembali temui momentum di Saarbrucken

Iklan
Lee Zii Jia - Foto FB BAM/Badminton Photo

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tampil lebih garang berbanding sebelum ini apabila mudah menewaskan pemain dari Ireland, Nhat Nguyen pada pusingan kedua Terbuka Hylo di Saarbrucken malam ini.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 23 tahun yang berstatus kelapan dunia juga pilihan kedua kejuaraan tidak berdepan masalah mengatasi pemain berusia 21 tahun berkedudukan ranking ke-55 dunia itu dengan straight set.

Zii Jia yang tampil lebih tenang berbanding ketika menjinakkan pemain dari Sepanyol, Pablo Abian pada pusingan pertama sebelum ini berjaya menewaskan Nguyen 22-20, 21-16 dalam masa 39 minit.

Iklan

Zii Jia dijadualkan menentang pemain pilihan kelapan kejohanan beranking ke-18 dunia dari Thailand, Kantaphon Wangcharoen pada pusingan ketiga yang sebelum itu menewaskan pemain dari India, Sourabh Verma 21-13, 21-10.

Zii Jia yang dalam pemburuan kejuaraan kedua tahun ini selepas Seluruh England pada pusingan pertama diseret ke set penentuan kejuaraan bertaraf Super 500, sebelum menyingkirkan Abian yang berstatus 51 dunia 21-11, 21-23, 24-22 dalam aksi 54 minit.

Iklan

KEPUTUSAN LAIN

Niclas Nohr - Amalie Magelund (21-14, 21-15) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie

Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (21-10, 21-19) Hoo Pang Ron-Cheah Yee See