Komander kapal selam AS disingkir, insiden langgar gunung dasar laut

Iklan
CAMERON ALJILANI - Foto Tentera Laut AS

WASHINGTON - Seorang pegawai pemerintah USS Connecticut itu, Cameron Aljilani dan dua lagi staf kapal selam berkuasa nuklear tersebut disingkirkan daripada jawatan masing-masing ekoran satu siasatan sedang dilakukan berhubung kemalangan tersebut di Laut China Selatan, kata Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Tindakan itu dilakukan selepas mereka dianggap bertanggungjawab dalam nahas yang menyebabkan kapal selam tersebut melanggar gunung di dasar laut pada 2 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Aljilani kemudian digantikan dengan seorang pegawai pemerintah sementara.

Seramai 11 kru cedera dalam nahas tersebut tetapi tidak ada seorang pun daripada mereka yang mengalami kecederaan yang serius.

Iklan

Setakat ini, tentera laut negara tersebut masih belum menjelaskan keadaan kerosakan sebenar USS Connecticut tetapi ia menyebabkan kapal selam itu timbul di permukaan laut dan menuju ke Guam di Lautan Pasifik.

Kapal selam itu pada akhirnya menuju ke Bremerton, Washington untuk dibaiki.

Iklan

Menurut Armada Ketujuh Tentera Laut AS yang berpangkalan di Pasifik Barat, nahas kapal selam itu dapat dielakkan jika satu keputusan cermat dan rancangan pelayaran dapat dilakukan. - Agensi