Jalan di Tanjong Karang dilimpahi air pasang besar

Iklan
Jalan Persekutuan (FT05) Tanjong Karang dilimpahi air ekoran fenomena air pasang besar pada Jumaat.

TANJONG KARANG - Fenomena air pasang besar mengakibatkan Jalan Persekutuan (FT05) di sini dilimpahi air pada Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Mohd Faizal Abdul Raji berkata, fenomena jam 6.30 pagi itu menyebabkan air laut melimpah sehingga ke jalan raya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, limpahan itu pada mulanya memasuki longkang sekitar kedai di tepi jalan utama sebelum melimpah ke jalan yang terkesan.

"Limpahan besar yang memasuki longkang sekitar kedai dan longkang jalan tidak dapat menampung seterusnya melimpahi jalan yang terkesan.

Iklan

"Fenomena air pasang besar melepasi aras jalan majlis di persisir Sungai Tengi," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, katanya, pada ketika ini keadaan selamat dan terkawal dan setakat ini tiada pusat pemindahan banjir dibuka di daerah terbabit.

Iklan

"Keadaan selama dua hari ini selamat dan terkawal. Fenomena air pasang besar dijangka berakhir pada Ahad ini," katanya.