'Kita bukan nak bersaing dengan sesiapa'

Iklan
Mohamad ketika bercakap dalam program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, semalam. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan, pemilikan aset ketenteraan baharu bukan memberi makna untuk bersaing dengan negara lain.

Sebaliknya beliau berkata, aset itu adalah keperluan untuk negara dalam aspek memperkuatkan sistem pertahanan negara.

Iklan
Iklan

Katanya, bagi memperkuatkan sistem pertahanan itu, Kementerian Pertahanan dalam rangka menambah aset ketenteraan namun jenisnya masih belum ditentukan.

Apa yang pasti katanya, pembelian aset baharu itu nanti adalah berdasarkan kemampuan dan keupayaan negara.

Iklan

"Kita akan memperkuatkan aset tetapi jenis mana kita belum tentukan lagi. Memperkuatkan aset memang kita akan buat dari semasa ke semasa.

"Kita bukan nak bersaing dengan sesiapa (negara lain). Kita tengok keupayaan dan kemampuan kita,” katanya pada sidang media selepas program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media antarabangsa CNN yang melaporkan Singapura akan membeli 12 pesawat tempur berteknologi tinggi buatan Amerika Syarikat (AS), F-35.

Dalam ucapan di Parlimen minggu lalu, Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen mengumumkan pelan pembelian 12 pesawat tempur itu.

Sekiranya pembelian itu terlaksana, Singapura merupakan negara keempat bagi sekutu Amerika Syarikat yang memiliki pesawat tempur berteknologi tinggi itu.

Pembelian itu memerlukan kelulusan Kongres Amerika Syarikat, tetapi Ng berkata kedua-dua Presiden AS, Donald Trump dan Pentagon menyukai perjanjian itu.

Pembelian itu juga dilaporkan bahawa kerajaan Singapura ingin mengawal Laut China Selatan di kawasan milik mereka dari penguasaan China.

Malah mengikut laporan itu, kerajaan Singapura berwaspada dengan China yang dilihat menguasai lautan tersebut.

Sebelum ini, Mohamad menjelaskan kuasa menentukan segala pembelian aset ketenteraan akan diserahkan kepada pasukan tentera yang pakar dalam bidang itu dan bukan kepada menteri.

Ini kerana katanya, ahli eksekutif kerajaan tidak tahu keperluan tentera dan dengan menyerahkan tugas itu kepada pihak tentera sendiri boleh mengelakkan pembaziran dan penyelewengan.