Air melimpah di Bagan Datuk

Iklan
Sebahagian Pekan Bagan Datuk dan Dataran Waterfront Bagan Datuk, di sini, ditenggelami air awal pagi tadi berikutan fenomena air pasang besar.

BAGAN DATUK - Fenomena air pasang besar yang berlaku pada awal pagi Jumaat menyebabkan sebahagian Pekan Bagan Datuk, di sini digenangi air.

Tinjauan Sinar Harian sekitar jam 5 pagi di Pekan Bagan Datuk mendapati berlaku limpahan air Sungai Perak ke kawasan berhampiran jeti.

Iklan
Iklan

Antara kawasan dinaiki air termasuk Dataran Waterfront Bagan Datuk, medan selera dan sebahagian kedai makan di pekan tersebut.

Sementara itu di Bagan Sungai Burung, di sini, air turut melimpah masuk ke kediaman penduduk dan kawasan penginapan pelancong.

Iklan

Semua kenderaan penduduk juga diletakkan sementara di kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong San.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bagan Datuk, Kapten (PA) Mohd Zaidi Ahmad, berdasarkan pemantauan yang dilakukan anggotanya mendapati berlaku limpahan air akibat fenomena tersebut.

Iklan
Bagan Sungai Burung, di sini yang naiki air awal pagi tadi berikutan fenomena air pasang besar.

Katanya, peningkatan tersebut bermula jam 4.30 pagi sehingga 5.30 pagi sebelum surut sepenuhnya selepas itu.

Katanya, keadaan itu berlaku disebabkan paras air laut meningkat setinggi 3.4 meter dan merupakan tertinggi setakat ini.

"Setakat ini sejak bermula fenomena tersebut pada 4 November, keadaan terkawal walaupun paras air laut tinggi.

"Alhamdulillah, setakat ini juga tiada kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan dan tiada sebarang pusat pemindahan dibuka," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, usaha memantau air pasang besar turut dibantu agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pada Khamis, media melaporkan penduduk membuat persiapan awal menjelang berlakunya fenomena tersebut.

Fenomena air pasang besar dijadual melanda negeri Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 November.