Ratu Elizabeth muat naik entri Instagram buat kali pertama

Iklan
Foto Instagram keluarga diraja England, @theroyalfamily.

PEMERINTAH Britain, Ratu Elizabeth II membuktikan usia bukanlah penghalang untuk seorang wanita yang berusia 92 tahun seperti baginda mencuba perkara yang baharu terutamanya berkaitan teknologi.

Buktinya tanpa bantuan sesiapa, baginda sendiri menulis dan memuat naik foto di akaun Instagram (IG) milik keluarga diraja England, @theroyalfamily.

Iklan
Iklan

Ia merupakan entri pertama yang dimuat naik di IG oleh pemerintah yang paling lama menduduki takhta dalam sejarah diraja di dunia.

Selepas 24 jam memuat naik entri tersebut foto itu menerima lebih 232,000 tanda 'like' selain lebih 4,000 komen yang diturunkan.

Iklan

Gambar foto berkenaan dirakamkan ketika baginda berangkat ke Muzium Sains Kensington, United Kingdom bagi melancarkan pameran Top Secret: From Ciphers to Cyber Security pada Khamis.

Di laman IG rasmi keluara diraja itu yang telah mempunyai lebih 4.8 juta pengikut, baginda mencatatkan rasa bangga serta terharu kerana diberi peluang mengadakan lawatan dan mencuba perkara baharu di muzium berkenaan.

Iklan

"Hari ini saya sangat terharu apabila berpeluang mempelajari satu kod komputer program khas untuk kanak-kanak yang bersesuaian dengan diri saya dan kenyataan ini dibuat ketika saya berada di Muzium Sains yang terkenal dengan teknologi dan inovasi.

"Saya juga berminat dengan satu surat yang diberikan kepada moyang saya, Raja Albert berkaitan dengan pengaturcaraan komputer pertama yang dicipta oleh wanita,” jelas baginda dalam catatan di IG rasmi keluarga diraja itu.

Gambar tersebut merujuk kepada visual surat jemputan yang diberikan oleh Charles Babbage kepada moyang beliau, Raja Albert.

"Surat tersebut menyatakan Babbage menjemput Ratu Victoria dan Raja Albert untuk melihat program komputer pertama Analytical Engine yang dicipta oleh Ada Lovelace,” tulis Ratu Elizabeth II lagi.

Lovelace yang juga anak kepada penyajak tersohor British, Lord Byron merupakan wanita pertama yang mencipta kod memprogram komputer sementara Babbage merupakan mentor kepada beliau.

Ini kerana ketika itu, tiada seorang pun wanita yang mahir menguasai ilmu Sains dan Matematik.

Sumber:Astro Awani