Tanam pokok ganja belakang reban ayam

Iklan
Pokok ganja yang dirampas polis dalam serbuan di rumah suspek.

JEMPOL - Polis menahan seorang lelaki berusia 48 tahun selepas didapati menanam dua batang pokok ganja di kawasan rumahnya di Kampung Kuala Jempol, Bahau di sini, kelmarin.

Ketua Polis Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, suspek diberkas ketika berada di kediamannya.

Iklan
Iklan

"Pokok ganja itu ditanam dalam polibeg di belakang reban ayam dalam pekarangan rumah tersebut yang mana awalnya, polis menemui satu botol yang diubah suai menjadi alat menghisap dadah di dalam sebuah bilik di rumah tersebut semasa pemeriksaan dijalankan.

"Berdasarkan pemeriksaan lanjut, polis menjumpai dua tumbuhan disyaki pokok ganja dengan setiap satunya mempunyai ketinggian kira-kira 30 dan 15 sentimeter," katanya, semalam.

Iklan

Muhd Nur Hishamuddin berkata, polis seterusnya menahan lelaki tersebut dan merampas kedua-dua pokok ganja serta peralatan menghisap dadah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM100.

"Lelaki ini bagaimanapun pernah ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 serta Seksyen 12 (3) dan 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

"Manakala melalui ujian saringan urin, dia didapati positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki tumbuhan disyaki pokok ganja,” katanya.