PRN Melaka: Calon BN perlu tandatangan SD elak lompat parti

Iklan
Mohamad Mohamad ditemui pemberita selepas penyerahan Negeri Sembilan sebagai negeri angkat kepada Parlimen Masjid Tanah di Kampung Pulau di sini, pada Jumaat.

ALOR GAJAH - [DIKEMASKINI] Calon muka baharu dan lama Barisan Nasional (BN) yang terpilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu menandatangani surat akuan bersumpah (SD) serta perjanjian lain selepas penyerahan watikah kepada calon pada Ahad ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, SD yang akan ditandatangani 28 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) itu telah berada di peringkat akhir termasuk perjanjian lain yang akan disertakan.

Iklan
Iklan

"Ini sebagai peringatan supaya jangan dah menang, senang-senang nak lompat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan Negeri Sembilan sebagai negeri angkat kepada Parlimen Masjid Tanah di Kampung Pulau di sini pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, memandangkan di Parlimen ataupun dalam DUN belum ada lagi akta atau enakmen lompat parti, maka BN terpaksa membuatkan akur janji atau perjanjian tersebut selain lebih dua dokumen yang akan ditandatangani bakal calon sebelum mereka diberikan tauliah.

Iklan

Malah katanya, setakat ini juga semua bakal calon telah melepasi tapisan keselamatan yang ditetapkan dan memenuhi kriteria parti.

Ujarnya, semua calon akan berada di Kuala Lumpur ketika pengumuman calon kerana terdapat proses yang perlu dilalui mereka terlebih dahulu termasuk proses mengisi borang calon dan dokumentasi lain yang disifatkan sedikit rumit serta mengambil masa agak lama.

"Ada peguam kita yang akan memantau dan meneliti supaya tidak ada kesalahan teknikal ketika mengisi borang," jelasnya.