Cavani minta diturunkan dalam derbi Manchester

Iklan
Edinson Cavani - Foto AFP

EDINSON Cavani meminta pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menurunkannya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester City di Old Trafford pada Sabtu.

Menurut penyerang Uruguay itu, dirinya sudah bersedia dan berhasrat mengekalkan momentum kemenangan liga yang diperoleh Manchester United sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Saya sangat faham betapa pentingnya perlawanan ini kepada kelab dan semua peminat di luar sana.

"Ia adalah perlawanan yang bersejarah dan saya mahu bantu mencipta kemenangan yang akan kekal dalam fikiran semua orang,” katanya.

Iklan

Cavani masih belum beraksi menentang Manchester City kendalian Pep Guardiola sejak berpindah ke United tahun lalu.

Walaupun Cavani disenaraikan dalam pasukan untuk ketiga-tiga pertembungan menentang City musim lalu, namun disebabkan beberapa faktor menghalangnya beraksi dalam derbi Manchester.

Iklan

Dalam pada itu, Cavani berkata, dia meminta penyokong United untuk memberi sokongan penuh dan berjanji akan berusaha dengan keras bagi menampilkan persembahan yang menarik menjelang perlawanan itu.

"Saya berharap penyokong United akan memberi sokongan dan percaya kepada pasukan ini tanpa ragu-ragu.

"Kami akan balas balik kepercayaan anda dengan menampilkan aksi terbaik dan memenangi perlawanan itu,” katanya.