Dua vaksin buatan Thailand di peringkat ujian klinikal fasa tiga

Iklan
Vaksin ChulaCov19 kini di peringkat ujian klinikal fasa tiga terhadap manusia. - Foto sumber internet

BANGKOK - Dua vaksin Covid-19 buatan Thailand - Vaksin ChulaCov19 dan Baiya kini di peringkat ujian klinikal fasa tiga.

ChulaCov19 adalah vaksin Covid-19 mRNA dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Chula, Universiti Chulalongkorn, manakala Vaksin Baiya pula vaksin berasaskan tumbuhan dihasilkan Baiya Phytopharm, syarikat pemula Fakulti Farmasi Universiti Chulalongkorn.

Iklan
Iklan

"Kabinet pada Khamis meluluskan 3.62 bilion baht (100 baht =RM12.46) untuk membiayai penyelidikan dan pembangunan (R&D) dua vaksin Covid-19 yang dibangunkan dalam negara dengan 2.32 bilion baht diperuntukkan kepada ChulaCov19 dan 1.3 bilion baht untuk Vaksin Baiya.

"Kedua-dua vaksin itu di di peringkat ujian fasa tiga terhadap manusia," kata timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natanu Nopakun, pada taklimat harian Covid-19 pada Jumaat.

Iklan

Pada Ogos, Pengasas Pusat Penyelidikan Vaksin Chula, Dr Kiat Ruxrungtham mengumumkan bahawa vaksin ChulaCov19 menghasilkan imuniti setanding vaksin mRNA Pfizer-BioNTech dan Moderna serta berupaya melindungi daripada empat varian utama Covid-19- Alpha, Beta, Gamma dan Delta.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Sirirurg Songsivilai berkata, kedua-dua vaksin itu dijangka didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand pada pertengahan tahun depan, sebelum pengeluaran secara komersial boleh dimulakan.

Iklan

"Dengan dua vaksin keluaran tempatan, Thailand mampu menghadapi mutasi Covid-19 atau virus lain pada masa depan,” katanya. - Bernama