KELAB Al-Sadd dilaporkan membenarkan perpindahan Xavi Hernandez ke Barcelona selepas gergasi La Liga itu membayar klausa pelepasan dalam kontraknya bersama The Boss, kata kelab Qatar itu pada Jumaat.
Al-Sadd bersetuju untuk melepaskan Xavi, yang akan mengemudi bekas kelab lamanya itu selepas pemecatan Ronald Koeman.
Iklan
Iklan
"Xavi memberitahu kami beberapa hari lalu keinginannya untuk pergi ke Barcelona pada masa ini, kerana tahap kritikal yang dilalui kelab lamanya itu, dan kami memahami perkara ini dan memutuskan untuk tidak menghalangnya.
"Pentadbiran Al-Sadd bersetuju dengan perpindahan Xavi ke Barcelona selepas pembayaran klausa pelepasan yang ditetapkan dalam kontrak. Kami telah bersetuju dengan kerjasama dengan Barcelona pada masa hadapan. Xavi adalah bahagian penting dalam sejarah Al Sadd dan kami mendoakan kejayaannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Al Sadd Turki, Al-Ali dalam satu kenyataan.
Bekas pemain berusia 41 tahun itu yang mengemudi Al-Sadd selama tiga tahun, sebelum ini menyarung jersi Barca di Camp Nou memenangi lapan gelaran La Liga dan empat Liga Juara-Juara sebagai pemain Barca.
Untuk rekod, Xavi merupakan calon utama menggantikan Koeman, mempunyai baki dua tahun bersama Al-Sadd.
Artikel Berkaitan