Air pasang besar: 70 penduduk dipindahkan

Iklan
Persiapan dilakukan oleh anggota APM di PPS SK Panchor, di sini yang menempatkan seramai 70 penduduk PPRT Panchor akibat banjir kilat. - Foto APM Perak

BERUAS - Seramai 70 penduduk di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Panchor, di sini dipindahkan akibat banjir kilat susulan fenomena air pasang besar pada malam Jumaat.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Manjung berkata, kesemua mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Panchor yang dibuka pada jam 8 malam pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 32 lelaki dan 33 wanita termasuk 14 warga emas.

"Turut dipindahkan ke PPS seramai 19 kanak-kanak melibatkan 21 keluarga termasuk dua keluarga yang baharu dipindahkan ke PPS ini pada awal pagi tadi.

Iklan

"Usaha memindahkan mangsa melibatkan 15 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan dibantu beberapa agensi lain," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, antara agensi lain yang terlibat termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Iklan

Sementara itu, paras air setinggi 0.2 meter dicatatkan dan keadaan banjir tersebut masih terkawal.