Dua PPS dibuka di Kota Tinggi akibat banjir kilat

Iklan
Anggota APM membantu memasang khemah bagi menempatkan mangsa banjir di PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas di Kota Tinggi pada Jumaat.

KOTA TINGGI - Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 48 mangsa selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir kilat sejak malam Jumaat.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyanathan berkata, dua PPS yang dibuka itu adalah di Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Balai Raya Kampung Muhibbah, di sini.

Iklan
Iklan

Katanya, kedua-dua PPS itu masing-masing dibuka jam 8.00 malam dan 10.30 malam selepas hujan lebat yang berlarutan selama lebih dua jam di kawasan berkenaan.

"Menurut makluman daripada Sekretariat Jabatan Pengurusan Banjir Daerah Kota Tinggi, kita dapati terdapat dua kawasan yang dinaiki air kerana hujan lebat yang berlarutan selama lebih dua jam.

Iklan

"Mangsa terjejas melibatkan 43 mangsa daripada Kampung Baru Sungai Mas dan lima mangsa daripada Kampung Muhibbah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Vidyanathan berkata, operasi pemantauan akan terus dilakukan melibatkan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Iklan

"Buat masa ini keadaan masih terkawal dan agensi keselamatan sudah ditempatkan di kawasan-kawasan berpotensi dinaiki air untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini,” katanya.