BEKAS atlet menembak negara, Muslifah Zulkifli, 35, disahkan meninggal dunia, pagi tadi.
Berita duka mengenai pemergian atlet kelahiran Pulau Pinang itu diperolehi menerusi laman Facebook, Majlis Sukan Negara (MSN), dan setakat ini, punca kematian atlet berkenaan masih belum diketahui.
Iklan
Iklan
Untuk rekod, Allahyarham pernah meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Asia 2014 di Incheom, Korea Selatan dalam acara rifle 50 meter prone berpasukan Wanita (W) bersama dua lagi penembak negara ketika itu, Nur Suryani Taibi dan Ayuni Farhana Halim.
Allahyarham juga pernah mewakili negara pada Sukan Komanwel, Glasgow Scotland pada 2014 lalu dalam acara 50 meter (m) Rifle Prone Wanita (W) dan 50m Rifle (Tiga Posisi) pada temasya sukan berkenaan.
Selain itu, Allahyarham yang juga merupakan salah seorang atlet yang terlibat dalam Program Podium mulai 2015 hingga 2017 lalu.