Tiga tonggak Liverpool sah tidak beraksi

Iklan
Firmino (kiri) dan Gomez. - foto thisisanfield

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan tiga tonggak The Reds, Roberto Firmino, Curtis Jones dan Joe Gomez tidak akan beraksi berdepan West Ham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Ahad.

Menurut Klopp, ketiga-tiga pemain berkenaan masing-masing mengalami kecederaan dan memerlukan masa untuk pulih seperti sediakala.

Iklan
Iklan

"Ketiga-tiga pemain ini mengalami kecederaan dan pasti tidak dapat diturunkan; seperti Firmino yang mengalami kecederaan hamstring yang serius.

"Kita tidak tahu sampai bilakah dia akan sembuh tapi dalam masa sama, kita juga giat berusaha untuk memastikannya segera sembuh.

Iklan

"Begitu juga dengan Gomez dan Jones yang kita harapkan akan kembali cergas dalam masa terdekat ini,” katanya.

Tambah Klopp, ketiadaan trio berkenaan pasti memberikan masalah kepadanya dalam usaha membentuk gandingan mantap bagi jentera tengah The Reds.

Iklan
Jones. - foto GettyImages

Bagaimanapun Klopp percaya dengan kemampuan pemain gantian sedia ada bagi memikul tanggungjawab mengemudi jentera tengah ketika berdepan The Hammers.

Sementara itu Klopp turut menjangkakan tentangan sengit daripada West Ham yang sudah pasti mahu mencatatkan kemenangan bagi memperbaiki lagi kedudukan dalam carta EPL musim ini.

Katanya, berdasarkan rekod, skuad kendalian David Moyes itu juga dilihat memiiki jentera serangan yang ampuh dan mampu membuatkan The Reds berputih mata kali ini.

"Kita tidak boleh mengambil mudah pertemuan ini kerana pencapaian West Ham setakat ini adalah agak baik.

"Daripada apa yang saya perhatikan, pasukan ini mengamalkan serangan balas pantas selain beraksi dengan penuh bertenaga dengan memberikan tekanan kepada lawan.

"Oleh itu, saya mengharapkan pemain-pemain The Reds untuk berhati-hati pada perlawanan ini,” katanya.