Kerajaan ambil jalan tengah isu pengajaran sains, matematik

Iklan
Mahathir ketika sidang media berkenaan lawatannya selama tiga hari di Filipina, semalam. - Foto Bernama

MANILA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan hari ini mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah namun pada masa sama pengajaran subjek itu dalam bahasa kebangsaan tetap diteruskan.

Katanya pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi penagajaran mata pelajaran itu manakala ada pula menentangnya.

Iklan
Iklan

"Tetapi kita akan kaji supaya kita samakan bagi semua sekolah kita kerana tentu akan menganiayakan sesuatu kumpulan kerana mereka akan dapat keuntungan daripada satu bahasa dan (tetapi) mereka tidak diberi hak untuk belajar daripada bahasa itu.

"Khususnya, ramai yang berpendapat bahawa bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yang lulus lebih mudah diterima di pasaran,” katanya pada hari terakhir lawatannya ke Filipina hari ini.

Iklan

Turut hadir dalam sidang akhbar berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Mengenai lawatannya ke Filipina, Dr Mahathir berkata beliau berpeluang mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya Presiden Rodrigo Duterte dan membincangkan pelbagai isu mengenai kepentingan bersama Malaysia dan Filipina.

Iklan

"Hampir kesemua isu (dibincangkan dengan Presiden Duterte) tidak ada yang tidak dipersetujui. Persepsi mungkin berlainan tetapi persoalan tuntutan ke atas Sabah (oleh Filipina) bukan subjek perbincangan yang begitu menekan,” katanya. - Bernama