Air pasang besar: Tiada kenaikan luar biasa di Kuala Muda

Iklan
Pemantauan anggota APM Kuala Muda mendapati sedikit kenaikan air 0.20 meter di Kampung Kepala Jalan.

ALOR SETAR - Tiada kenaikan luar biasa direkodkan di kawasan pesisiran pantai Kuala Muda pada Sabtu berikutan amaran kejadian air pasang besar yang dijangka di Kedah bermula Khamis.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, bagaimanapun pemantauan bermula jam 1.10 pagi Sabtu mendapati paras air di beberapa lokasi tertentu meningkat.

Iklan
Iklan

Menurut Azahar, pihaknya memantau kawasan Pantai Kota Kuala Muda melibatkan Kampung Kepala Jalan, Kampung Padang Salim, Kampung Hujung Matang dan Kampung Paya di mukim Kuala.

"Paras air di Pantai Kota Kuala Muda mencatatkan bacaan 1.75 meter bagaimanapun tiada hujan dan angin dikesan. Pemantauan di Kampung Kepala Jalan pula mendapati ada sedikit kenaikan air 0.20 meter.

Iklan

"Dalam pemantauan di Pantai Tanjung Dawai membabitkan Kampung Huma dan Jeti Tanjung Dawai, mukim Merbok mendapati ada sedikit kenaikan air 0.20 meter di Kampung Huma," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Pegawai APM Daerah Baling merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, pemantauan dilakukan di Sungai Bukit Sebelah, Sungai Kuala Kedua, Sungai Baling dan Sungai Lubuk Pedati.

Iklan

"Kita mendapati paras air di peringkat waspada di sesetengah kawasan dan arus air sungai agak laju kerana hujan lebat pada siang hari, bagaimanapun pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa," katanya.