Lagu The Beatles buat seorang guru kembali bertutur

Iklan
Amelia-Rose Hamilton kembali bertutur selepas menyanyi lagu Yesterday, Beatles.

STAPLEHURST-BRITAIN. Seorang guru sekolah rendah yang hilang keupayaan bertutur selepas diserang masalah saraf serius kembali bersuara selepas diajar menyanyi lagu popular kumpulan Beatles, lapor akhbar Daily Mail.

Amelia-Rose Hamilton, 27, mula diserang migrain hemiplegik sejak tiga minggu lalu sebelum tiba-tiba lupa nama sendiri, malah tidak mampu bercakap dan berada dalam kekeliruan sejak 2 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, dengan bantuan bekas pensyarah muziknya, Profesor Grenville Hancox yang membawa gitar ketika melawat Hamilton di hospital, wanita muda itu kembali bersuara dengan menyanyikan lirik lagu berjudul Yesterday di Hospital Pembury di Kent, Britain.

"Seperti kabus tebal yang menyelubungi otak sudah hilang. Kesukaran bercakap dan kekeliruan itu mula hilang dan saya nampak satu laluan jelas. Saya mahu menyanyi dan otak saya lakukan selebihnya,” kata Hamilton selepas itu.

Iklan

Doktor pada mulanya menyangkakan Hamilton mengalami strok tetapi kemudian disahkan mengalami migran hemiplegik.

Namun kakitangan hospital terkejut apabila wanita muda itu mampu menyanyi dengan lirik tepat selepas empat hari membisu.

Iklan

Hamilton dikatakan pernah berdepan kesukaran bersuara sejak berumur 8 tahun disebabkan penderaan.

Tetapi ianya dapat diatasi sewaktu dia bertemu Hancox di universiti.

Pensyarah muzik itu kemudian berjaya memulihkan kemampuan Hamilton untuk bercakap pada ketika itu.