Jangan lalai patuhi SOP walaupun Fasa 4: Kon Yeow

Iklan
Kon Yeow (tengah) mengumumkan kempen Penang Goes Orange di Auditorium A Komtar pada Sabtu.

GEORGETOWN - Kerajaan negeri mengingkatkan penduduk dan juga pelancong yang bercuti ke sini supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun Pulau Pinang akan memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selain orang awam, pemilik perniagaan terutamanya premis makanan juga perlu mematuhi SOP dalam menguruskan kehadiran pelanggan mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun Pulau Pinang akan memasuki Fasa Empat minggu depan, namun perjuangan menentang wabak Covid-19 masih belum berakhir.

"Saya meminta semua pihak terutamanya rakyat di negeri ini supaya jangan lalai dalam mematuhi SOP walaupun Pulau Pinang akan masuk ke Fasa Empat PPN pada Isnin ini.

Iklan

"Kita masih belum menang walaupun trend kes dan kadar penggunaan katil di hospital menunjukkan penurunan. Saya mohon kepada semua rakyat dan pelancong yang datang ke negeri ini supaya mematuhi SOP seperti menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka," katanya ketika ditemui selepas mengumumkan kempen Penang Goes Orange di Auditorium A Komtar pada Sabtu.

Pada Jumaat, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui laman Twitternya mengumumkan empat negeri iaitu Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah bakal beralih ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa Isnin ini.

Iklan

Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, selalunya trend kes akan meningkat selepas peralihan fasa dibuat dan ia akan dijadikan penanda aras untuk semua pihak supaya mengambil perhatian.

"Justeru, di Pulau Pinang, kita akan terus memantau data-data yang dikemukan oleh kementerian sendiri untuk memastikan kita dapat mengambil tindakan sewajarnya sebelum 'apa yang buruk' itu berlaku.

"Pada waktu ini, adalah amat penting untuk kita terus memastikan semua pihak mematuhi SOP agar trend kes tidak terus naik mendadak, tambahan pula semua sektor sudah mula beroperasi termasuk pelancongan," katanya.

Sehingga Jumaat, penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pulau Pinang mencatatkan 62.7 peratus yang mana penggunaan katil mencapai 70.8 peratus.

Peratusan pesakit yang menggunakan alat bantuan pernafasan adalah 38.1 peratus dengan jumlah pesakit yang dirawat di ICU yang perlu menggunakan alat bantuan pernafasan adalah 16 orang manakala 13 lagi tidak menggunakan alat bantuan pernafasan.

Kes aktif di Pulau Pinang pula sehingga Jumaat mencatatkan 227 kes dengan jumlah kumulatif kematian 1,611 orang.